Posts

Isu, Cabaran dan Masa Depan Graduan Psikologi Dalam Mendepani Cabaran Masyarakat Yang Kompleks

Tragedi kematian pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Othman kira-kira tujuh tahun lalu kembali hangat apabila mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada enam bekas penuntut UPNM baru-baru ini. Kejadian ini menimbulkan kesedaran mendalam mengenai kepentingan intervensi kesihatan mental di institusi pendidikan. Graduan psikologi berperanan penting dalam mengenal pasti tanda-tanda awal masalah kesihatan mental dan menyediakan sokongan kepada pelajar yang memerlukan. Mereka juga boleh membantu merancang dan melaksanakan program pencegahan dan kesedaran mengenai buli dan keganasan, serta menyediakan sokongan psikologi kepada mangsa dan pelaku keganasan. Namun, realitinya graduan psikologi di Malaysia masih berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran dalam usaha mencari dan mengekalkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian mereka. Walaupun kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental semakin meningkat, masih banyak halangan yang p...

Pusat Kerjaya IPT perlu diperkasa, berikan lonjak baru, impak bermakna

Landskap pekerjaan telah banyak berubah akibat pandemik Covid 19 dan teknologi digital. Menurut Laporan The Future of Jobs Report 2020, World Economic Forum (WEF) menjelang tahun 2025, sebanyak 97 juta pekerjaan baru akan wujud dan sebanyak 85 juta pekerjaan sedia ada akan pupus. 50% daripada semua pekerja akan memerlukan kemahiran baru (reskilling) dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Automasi, seiring dengan kemelesetan ekonomi akibat COVID-19 akan mewujudkan scenario ‘gangguan berganda’ kepada pekerja. Walaupun jumlah pekerjaan yang dimusnahkan akan diungguli dengan wujudnya jumlah 'pekerjaan masa depan’, tetapi berbeza dengan bertahun-tahun sebelumnya, penciptaan pekerjaan semakin perlahan sementara pemusnahan pekerjaan semakin cepat.     Masa depan pekerjaan telah tiba dan kita mula rasai. Ia menyaksikan sebilangan besar mereka terdiri daripada tenaga kerja kolar putih bekerja secara atas talian. Pada yang sama, didapati sebanyak 84% majikan telah menetapkan u...

Bimbingan Kerjaya Komuniti Perlu Digerakkan Bersama

Alam pekerjaan dan kerjaya amat mencabar dalam suasana pandemik covid 19 apatah lagi Perintah Kawalan Pergerakkan (3.0) mula dilaksanakan mulai 12 Mei sehingga 6 Jun 2021. Kes harian yang dilaporkan masih melebihi 3,000 kes baru, menuntut usaha-usaha pencegahan ditingkatkan, SOP diperketatkan termasuk larangan rentas daerah dan negeri dikuatkuasakan. Hari Raya kali ini disambut dalam keadaan yang berbeza, tiada lagi balik kampung,ziarah menziarahi tidak dibenarkan. Inilah norma baru yang perlu kita fahami, lalui dengan fikiran yang rasional, berlapang dada atas ujian dan memanfaatkan ruang yang ada, walaupun terbatas dengan sebaik-baiknya. Namun, hakikatnya, realiti ini sudah pasti menjejaskan pelbagai golongan untuk mencari rezeki, jana pendapatan, pekerjaan harian terganggu malah penggangguran berterusan di dalam masyarakat. Persoalannya, apakah lagi usaha yang boleh dilakukan untuk membolehkan pelbagai kelompok masyarak yang buntu, mati akal, tertekan dan terkesan ini dapat kekal po...

Pasaran kerja kian mencabar tuntut graduan persiapkan diri

DALAM suasana alam pekerjaan semakin mencabar, lebih 116,000 graduan memerlukan perhatian untuk meningkatkan pekerjaan mereka. Dianggarkan sekitar 75,000 (25 peratus) daripada 300,000 graduan pada 2020 menghadapi rintangan mendapatkan pekerjaan, enam bulan selepas tamat pengajian. Kira-kira 41,161 (13.8 peratus) daripada 330, 557 graduan yang lulus pada 2019 pula, masih menganggur berdasarkan kajian pengesanan graduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Hari ini, banyak syarikat terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bukan saja ramai diberhentikan kerja, malah kajian berkaitan pengangguran graduan mendapati banyak peluang pekerjaan ditawarkan pelbagai syarikat tidak sepadan kemahiran dan tahap pendidikan mereka. DISYORKAN UNTUK ANDA UUM bimbing graduan manfaatkan potensi diri Tingkatkan ilmu akademik, kemahiran di universiti Universiti perlu pupuk budaya niaga Majikan 'pilih bulu' sekat potensi graduan TVET Kerja banyak ditawarkan dengan gaji rendah, sama ada dalam ...

Selamat Hari Malaysia Ke-53

Image
Fakta Sejarah Malaysia + 27 Mei 1961 - Tuanku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura mengagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. + 23 Julai 1961 - Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo Utara telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. + Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak 4 kali. Pertama, pada Ogos 1961 di Sabah, kedua Dis 1961 di Sarawak, ketiga Jan 1962 dan terakhir Feb 1962 di Singapura. + 17 Jan 1962 - Pembentukkan Suruhanjaya Cobbold. Tujuannya adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. + Suruhanjaya Cobbold dianggotai oleh 5 orang ahli...

Bengkel Play & Learn

Image
Setelah sekian lama menyepi, kini kembali menulis. Pelbagai perkara dan peristiwa dialami. Pahit, manis dan sebagainya. Yang pasti, pada 27 Sept 2014 yang lalu bertempat di Advanced Surgical Skill Centre, Pusat Perubatan UKM (PPUKM) , Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Diri ini, sempat mengikuti dan menimba ilmu pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek seperti pergerakan motor kasar, motor halus, kognitif, sosial dan sebagainya. Manusia perlukan dorongan dan stimuli untuk berkembang secara sihat. Bermain sebagai alat atau kaedah pembelajaran yang perlu diterokai dan digunakan semaksima mungkin ketika bersama kanak-kanak. Topik meliputi kepentingan bermain, cara bermain, memupuk kemahiran adaptif kanak-kanak, perkembangan bahasa melalui bermain-main dan modifikasi permainan dalam perkembangan kanak-kanak.  Menurut, Pn Sherin Sokmum, Patologis Pertuturan dan Bahasa, PPUKM, ada beberapa strategi yang perlu digunakan untuk memupuk perkembangan baha...

Budaya Alumni = Budaya Berkasih Sayang + Persahabatan Sejati Selamanya

Image
Budaya alumni adalah sebahagian daripada budaya yang penting di dalam perkembangan sesebuah masyarakat. Ia sewajar menjadi kayu ukur kepada tahap penglibatan sosial anggota masyarakat dalam sesebuah tamadun. Masyarakat melalui badan-badan sivil atau organisasi madani menjadi 'kuasa ketiga' setelah swasta (kuasa kedua) dan kerajaan (kuasa pertama) yang mencorak perkembangan budaya masyarakat. Ketinggian sesebuah masyarakat terletak sejauh mana agenda memasyarakatkan budaya Ilmu di hayati oleh setiap anggota masyarakat. Penyelidikan, budaya membaca serta wacana-wacana ilmu mendarah daging dalam kehidupan harian. Kesannya, mereka akan lebih menghormati hak orang lain, mengalakkan perbincangan idea yang kreatif dan sebagainya. Natijahnya, negara semakin maju. Di dunia barat, budaya alumni cukup gah dan berkembang pesat di pusat-pusat pengajian tinggi terutama di universiti-universiti ternama. Para bekas pelajar diberikan ruang yang luas oleh pihak pengurusan universiti, memba...