Posts

Showing posts from August 28, 2009

Semangat Kemerdekaan & Jiwa Merdeka : Dilema anak muda

Image
Tanggal 31 Ogos 2009, genap 52 negara ini merasai udara kemerdekaan daripada penjajah asing. Saban tahun sambutan kemerdekaan diwarnai dengan kibaran jalung gemilang, perarakan kereta berhias, perbarisan, nyanyian serta persembahan kebudayaaan anjuran pemerintah. Konsert kemerdekaan juga sering ditampilkan buat anak-anak muda, sementara menanti detik 12 malam sebelum 31 Ogos setiap tahun. Namun, sambutan kemerdekaan kali ini agak berbeza. Ia disambut dalam suasana umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan ramadan yang mulia. Tiada konsert atau saat detik 12 malam yang saban tahun diadakan. Ia sebagai tanda menghormati sensitiviti umat Islam dan bulan yang mulia. Apapun keaadaan yang ada, kemerdekaan sewajarnya memberikan makna. Makna buat anak muda tentu berbeza. Ia mungkin adalah tanda untuk bercuti, berehat, berjalan atau menghabiskan masa dengan mereka yang tersayang. Sering kali, kedengaran suara-suara nakal generasi dewasa atau tua menyindir anak muda tentang isu kemerdekaan ini...