Bimbingan Kerjaya Komuniti Perlu Digerakkan Bersama
Alam pekerjaan dan kerjaya amat mencabar dalam suasana pandemik covid 19 apatah lagi Perintah Kawalan Pergerakkan (3.0) mula dilaksanakan mulai 12 Mei sehingga 6 Jun 2021.
Kes harian yang dilaporkan masih melebihi 3,000 kes baru, menuntut usaha-usaha pencegahan ditingkatkan, SOP diperketatkan termasuk larangan rentas daerah dan negeri dikuatkuasakan. Hari Raya kali ini disambut dalam keadaan yang berbeza, tiada lagi balik kampung,ziarah menziarahi tidak dibenarkan. Inilah norma baru yang perlu kita fahami, lalui dengan fikiran yang rasional, berlapang dada atas ujian dan memanfaatkan ruang yang ada, walaupun terbatas dengan sebaik-baiknya.
Namun, hakikatnya, realiti ini sudah pasti menjejaskan pelbagai golongan untuk mencari rezeki, jana pendapatan, pekerjaan harian terganggu malah penggangguran berterusan di dalam masyarakat.
Persoalannya, apakah lagi usaha yang boleh dilakukan untuk membolehkan pelbagai kelompok masyarak yang buntu, mati akal, tertekan dan terkesan ini dapat kekal positif, bersemangat waja untuk gigih berusaha, mencari jalan keluar dalam menghadapi cabaran kehidupan, pekerjaan khususnya.
Bagaimana pula mereka yang masih gagal mendapat pekerjaan, walaupun pelbagai usaha dilakukan sebelum ini khususnya anak muda atau yang telah diberhentikan pekerjaan.
Atau jika adapun mereka ada pekerjaan, bagaimana pula gaji yang sedikit ini dapat menampung keperluan diri dan keluarga dan pelbagai. Inilah antara realiti kehidupan yang sering berlegar di benak fikiran mereka.
Apakah cukup sekadar meminta mereka menyertai program reskilling atau upskilling yang disediakan oleh pelbagai pihak sudah mampu menyelesaikan tekanan perasaan, mengekalkan motivasi untuk mengharungi kehidupan yang mencabar ini?.
Sudah sampai masa pendekatan bimbingan kerjaya komuniti perlu digerakkan secara meluas dan merata di dalan masyarakat. Masyarakat yang prihatin, ada kemahiran bimbingan kerjaya perlu tampil kedepan untuk menawarkan sesi bimbingan kerjaya di dalam komuniti. Kita jaga kita dalam perspektif yang lebih baik. Anggota masyarakat yang prihatin hulurkan tangan membantu orang lain. Sikap ini ada budaya rakyat kita selama ini. Senarai butiran lanjut mereka dikemaskini, untuk memudahkan orang ramai menghubungi mereka untuk sesi nanti.
Apabila telah dikenalpasti mereka yang sudi berikan bimbingan kerjaya. Inisiatif ini perlu disebarluaskan melalui poster khas khidmat bimbingan kerjaya percuma, kepada pelbagai lapisan masyarakat melalui pelbagai platform meda sosial untuk capai meluas. Ia penting agar mesek sampai kepada mereka yang amat memerlukan dan sesi dapat dilaksanakan segera.
Setelah itu, sesi bimbingan kejaya secara atas talian boleh aturkan oleh uruesetia projek ini, di antara pelanggan dan jurulatih kerjaya terbabit. Sesi antara 45 minit ke 1 jam boleh diperuntukkan termasuk distrukturkan kepada pelanggan bagaimama sesi akan berjalan, matlamat sesi serta apa tindakan selanjutnya selepas sesi.
Komitmen pelanggan dalam menjayakan sesi ini amat penting. Perubahan berlaku atas kehendak pelanggan sendiri, bukan kerana jurulatih. Matlamat sesi hanyalah untuk memberikan kesedaran kerjaya, potensi serta apakah solusi segera, plaktikal dan mudah untuk dilaksanakan. Hasil, tindakan serta maklumbalas tergantung kepada komitmen pelanggan terbabit.
Comments
Post a Comment