Budaya Alumni = Budaya Berkasih Sayang + Persahabatan Sejati Selamanya
Budaya alumni adalah sebahagian daripada budaya yang penting di dalam perkembangan sesebuah masyarakat. Ia sewajar menjadi kayu ukur kepada tahap penglibatan sosial anggota masyarakat dalam sesebuah tamadun. Masyarakat melalui badan-badan sivil atau organisasi madani menjadi 'kuasa ketiga' setelah swasta (kuasa kedua) dan kerajaan (kuasa pertama) yang mencorak perkembangan budaya masyarakat. Ketinggian sesebuah masyarakat terletak sejauh mana agenda memasyarakatkan budaya Ilmu di hayati oleh setiap anggota masyarakat. Penyelidikan, budaya membaca serta wacana-wacana ilmu mendarah daging dalam kehidupan harian. Kesannya, mereka akan lebih menghormati hak orang lain, mengalakkan perbincangan idea yang kreatif dan sebagainya. Natijahnya, negara semakin maju. Di dunia barat, budaya alumni cukup gah dan berkembang pesat di pusat-pusat pengajian tinggi terutama di universiti-universiti ternama. Para bekas pelajar diberikan ruang yang luas oleh pihak pengurusan universiti, memba...