Hari Malaysia : Makna? Buat Kita Semua
Hari Malaysia kini melangkau 46 tahun pada tahun ini. 16 September 1963 adalah tarikh keramat negara persekutuan ini terbentuk. Nama Malaysia muncul mengantikan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak mengukuhkan solidariti masyarakat yang pelbagai keturunan, agama serta bangsa. Masing-masing menaruh harapan negara bertuah ini akan menjanjikan kemajuana ekonomi, kesejahteraan sosial serta membentuk perpaduan nasional. Pelbagai isu, cabaran yang mewarnai di sepanjang usaha ini. Namun, sejarah tetap sejarah. Malaysia muncul dengan keupayaan yang tersendiri. Berdiri megah dengan kekuatan ekonomi, kemunculan pelbagai industri dan yang paling penting kelompok masyarakat yang semakin terdidik akibat peluang pendidikan yang disediakan selama ini. Namun, adakah segala kemajuan yang dikecapi ini membolehkan generasi muda khususnya lebih memahami kepelbagaian bahasa, keturunan dan bangsa dan bergerak seiya sekata, sehati sejiwa. Yang pasti, Sabah dan Sarawak...