Posts

Showing posts from May 11, 2021

Bimbingan Kerjaya Komuniti Perlu Digerakkan Bersama

Alam pekerjaan dan kerjaya amat mencabar dalam suasana pandemik covid 19 apatah lagi Perintah Kawalan Pergerakkan (3.0) mula dilaksanakan mulai 12 Mei sehingga 6 Jun 2021. Kes harian yang dilaporkan masih melebihi 3,000 kes baru, menuntut usaha-usaha pencegahan ditingkatkan, SOP diperketatkan termasuk larangan rentas daerah dan negeri dikuatkuasakan. Hari Raya kali ini disambut dalam keadaan yang berbeza, tiada lagi balik kampung,ziarah menziarahi tidak dibenarkan. Inilah norma baru yang perlu kita fahami, lalui dengan fikiran yang rasional, berlapang dada atas ujian dan memanfaatkan ruang yang ada, walaupun terbatas dengan sebaik-baiknya. Namun, hakikatnya, realiti ini sudah pasti menjejaskan pelbagai golongan untuk mencari rezeki, jana pendapatan, pekerjaan harian terganggu malah penggangguran berterusan di dalam masyarakat. Persoalannya, apakah lagi usaha yang boleh dilakukan untuk membolehkan pelbagai kelompok masyarak yang buntu, mati akal, tertekan dan terkesan ini dapat kekal po...