Sunday, September 28, 2014

Bengkel Play & Learn


Setelah sekian lama menyepi, kini kembali menulis. Pelbagai perkara dan peristiwa dialami. Pahit, manis dan sebagainya. Yang pasti, pada 27 Sept 2014 yang lalu bertempat di Advanced Surgical Skill Centre, Pusat Perubatan UKM (PPUKM) , Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Diri ini, sempat mengikuti dan menimba ilmu pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek seperti pergerakan motor kasar, motor halus, kognitif, sosial dan sebagainya. Manusia perlukan dorongan dan stimuli untuk berkembang secara sihat.

Bermain sebagai alat atau kaedah pembelajaran yang perlu diterokai dan digunakan semaksima mungkin ketika bersama kanak-kanak. Topik meliputi kepentingan bermain, cara bermain, memupuk kemahiran adaptif kanak-kanak, perkembangan bahasa melalui bermain-main dan modifikasi permainan dalam perkembangan kanak-kanak. 

Menurut, Pn Sherin Sokmum, Patologis Pertuturan dan Bahasa, PPUKM, ada beberapa strategi yang perlu digunakan untuk memupuk perkembangan bahasa melalui bermain. 

1. Banyakkan beri komen 
2. Mengulang perkataan (Target Words)
3. Gunakan bunyi yang menarik (fun words) 
4. Memuji 
5. Model terlebih dahulu. 

Permainan boleh dimodafikasi dalam perkembangan kanak-kanak, menurut Pn Mazni, Hospital Play Specialist, PPUKM. Kanak-kanak masih boleh bermain-main jika menjalani rawatan yang lama di dalam hospital. Distraction Kits perlu ada, agar kanak-kanak tidak bosan. Yang diperlukan hanyalah, kreativi dan inovasi. 

1. Bubbles 
2.Activity Books
3. Voice Recorder/MP3
4. Story Tapes/VCDs
5.Playing Cards 
6. Story Books/ Musical Book
7. Music Radio 
8. View Master 
9.Music Tapes/CDs
10.Stress Ball 
11. Murals/Paintings 
12.Playdough

No comments:

Post a Comment