Thursday, September 15, 2016

Selamat Hari Malaysia Ke-53

Fakta Sejarah Malaysia



+ 27 Mei 1961 - Tuanku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura mengagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.


+ 23 Julai 1961 - Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo Utara telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen.

+ Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak 4 kali. Pertama, pada Ogos 1961 di Sabah, kedua Dis 1961 di Sarawak, ketiga Jan 1962 dan terakhir Feb 1962 di Singapura.

+ 17 Jan 1962 - Pembentukkan Suruhanjaya Cobbold. Tujuannya adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.
+ Suruhanjaya Cobbold dianggotai oleh 5 orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, Dato' Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali Bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherson, wakil kerajaan British, Mr.H.Harris bertindak selaku Setiausaha.
+ 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London, setelah Laporan Suruhajaya Cobbold dikeluarkan menyatakan, 80% rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan Persekutuan Tanah Melayu.
+ 16 Sept 1963 - Malaysia dibentuk dengan penyertaan Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura.
+ Persekutuan Malaysia diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri ketika itu

========

Hari ini, 53 tahun yang lalu. Sejarah baru tercipta. Malaysia lahir hasil kehendak rakyat berbilang kaum dan agama. 

Negara berkembang pesat mengikut peredaran masa. Bandar-bandar baru tumbuh umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Cabaran kehidupan semakin mencabar, kompleks dan beraneka ragam. 

Yang pasti, sebagai insan kita perlu menghadapi suasana mendatang dengan keyakinan, halatuju yang jelas serta optimis terhadap masa hadapan. Ambil tindakan berasaskan ilmu dan kemahiran yang ada. 

Moga hari ini lebih baik daripada semalam. Amin!


No comments:

Post a Comment