Posts

Showing posts from May 17, 2009

Dilema Siswazah Masa Kini? : Pengangguran! Jalan Keluar?

Image
Cabaran globalisasi merubah pelbagai perkara, budaya hidup yang merangkumi nilai, pemikiran serta tingkahlaku seseorang individu. Alam kerjaya menjadi semakin rumit dan kompleks. Pada masa yang sama, kelompok siswazah yang dilahir semakin ramai. Maka, persaingan sengit bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan adalah fenomena normal dewasa ini. "Personaliti jadi kriteria utama majikan" tajuk berita akhbar kosmo pada 17 Mei 2009 sempena Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 (K3G) mulai 15-17 Mei 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) benar-benar menyentuh benak minda ini. Kemahiran Berkomunikasi, Keyakinan Diri, Personaliti dan Pengalaman adalah 4 ciri penting yang perlu ada pada setiap graduan jika mereka ingin mencari pekerjaan. Selain itu, Jobstreet.com di dalam bengkel kerjayanya di NRIC 09, USM pada 18 Mei 2009 ada menyatakan hasil kajian tentang dilema graduan masakini. Ia wajar difikirkan semua. Kajian mereka mendapa...

Kreativiti dan Inovasi perlu dikembangkan

Image
Kreativiti dan inovasi amat diperlukan di dalam meningkatkan kualiti kehidupan. Manusia sering memikirkan apakah jalan terbaik untuk sesuatu perkara. Ia diterjemahkan melalui pelbagai cara dan tindak tanduk. Ia mungkin berupaya merubah cara hidup, pemikiran serta budaya. Tatkala, meneliti kehidupan mahasiswa masakini, terdapat usaha-usaha yang serius membudayakan kreativiti dan inovasi. National Creativity and Innovation Competition (NRIC) 2009 yang pada 15-18 Mei 2009 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) selama 3 tahun berturut-turut wajar diraikan dan dikembangkan serta disemarakkan di kalangan generasi muda Final Year Project (FYP) siswa tahun akhir yang diketengahkan oleh 19 Pusat Pengajian Tinggi perlu terus diberikan dorongan, sokongan dana serta promosi yang lebih mengakar di kalangan generasi muda. Cabaran globalisasi, memerlukan mereka tampil dengan dinamika ilmu, kemahiran serta keupayaan yang pelbagai. Persoalannya, apakah budaya masyarak...