Posts

Showing posts from October 7, 2024

Isu, Cabaran dan Masa Depan Graduan Psikologi Dalam Mendepani Cabaran Masyarakat Yang Kompleks

Tragedi kematian pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Othman kira-kira tujuh tahun lalu kembali hangat apabila mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada enam bekas penuntut UPNM baru-baru ini. Kejadian ini menimbulkan kesedaran mendalam mengenai kepentingan intervensi kesihatan mental di institusi pendidikan. Graduan psikologi berperanan penting dalam mengenal pasti tanda-tanda awal masalah kesihatan mental dan menyediakan sokongan kepada pelajar yang memerlukan. Mereka juga boleh membantu merancang dan melaksanakan program pencegahan dan kesedaran mengenai buli dan keganasan, serta menyediakan sokongan psikologi kepada mangsa dan pelaku keganasan. Namun, realitinya graduan psikologi di Malaysia masih berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran dalam usaha mencari dan mengekalkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian mereka. Walaupun kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental semakin meningkat, masih banyak halangan yang p...