Pusat Kerjaya IPT perlu diperkasa, berikan lonjak baru, impak bermakna
Landskap pekerjaan telah banyak berubah akibat pandemik Covid 19 dan teknologi digital. Menurut Laporan The Future of Jobs Report 2020, World Economic Forum (WEF) menjelang tahun 2025, sebanyak 97 juta pekerjaan baru akan wujud dan sebanyak 85 juta pekerjaan sedia ada akan pupus. 50% daripada semua pekerja akan memerlukan kemahiran baru (reskilling) dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Automasi, seiring dengan kemelesetan ekonomi akibat COVID-19 akan mewujudkan scenario ‘gangguan berganda’ kepada pekerja. Walaupun jumlah pekerjaan yang dimusnahkan akan diungguli dengan wujudnya jumlah 'pekerjaan masa depan’, tetapi berbeza dengan bertahun-tahun sebelumnya, penciptaan pekerjaan semakin perlahan sementara pemusnahan pekerjaan semakin cepat.
Masa depan
pekerjaan telah tiba dan kita mula rasai. Ia menyaksikan sebilangan besar
mereka terdiri daripada tenaga kerja kolar putih bekerja secara atas talian. Pada
yang sama, didapati sebanyak 84% majikan telah menetapkan untuk terus mendigitalkan
proses kerja dengan lebih cepat. Ia termasuk pengembangan budaya kerja secara jarak
jauh (remote working) yang lebih ketara dengan potensi untuk memindahkan 44%
dari tenaga kerja mereka sedia ada, kepada beroperasi secara jarak jauh. Yang
pasti, keadaan ini akan menyebabkan pekerjaan dipegang oleh orang yang lebih
rendah status pekerjaan mahupun upah, wanita serta pekerja yang lebih muda akan
menerima lebih banyak kesan besar apabila fasa pertama penguncupan ekonomi
berlaku. Sekiranya tidak ada usaha yang proaktif untuk menangani ketidaksaksamaan
pekerjaaan ini, Keadaan akan semakin terus buruk, akibat kesan teknologi dan kemelesetan
pandemik ini.
Oleh yang demikian,
realiti semasa ini bukan sahaja membuka mata dan jiwa mahasiswa untuk sentiasa
berusaha tingkatkan kualiti diri dalam menghadapi alam pekerjaan yang dinamik,
bahkan juga kepada Pusat Kerjaya, Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh
negara. Sudah sampai masanya, Pusat
Kerjaya IPT wajar memainkan peranan yang lebih proaktif, signfikan, menyeluruh
serta berterusan untuk memberikan kesedaran awal serta persiapan kerjaya yang
utuh di kalangan siswa/i di pusat pengajian tinggi
Menurut statistik
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di laman sesawang sehingga 31 Oktober 2019 terdapat
20 universiti awam, 446 buah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di
negara ini. Dalam menghadapi cabaran
Covid 19 ini, kira-kira 1.3 juta pelajar IPT, sudah tentu telah berupaya beradaptasi
dengan corak, gaya serta budaya hidup baru di alam kampus yang lebih fleksible.
Mengikuti kuliah akademik secara atas talian serta pendekatan interaksi sosial
norma baru yang berbeza daripada apa yang pernah kita lalui kehidupan kampus
sebelum ini. Ia kebiasaan baru yang sukar dilalui, pada awalnya, namun setelah
setahun keadaan ini berlangsung, ia semakin diterima dan difahami, demi memastikan
pandemik covid 19 dapat ditangani dengan sebaik-baiknya.
Persoalannya
bagaimanakah Pusat Kerjaya IPT melihat realiti baru pekerjaan dan industri yang
telah banyak berubah akibat aplikasi teknologi digital, budaya kerja secara
jarak jauh lebih meluas termasuk terhapusnya kerja-kerja sedia serta munculnya
pekerjaan baru akibat teknologi bekembang pesat ini. Pada yang sama, ekonomi terus menerus terjejas
akibat pandemik Covid 19 ini. Bisnes,
perniagaan tidak boleh dilaksanakan secara bersemuka, tetapi lebih kepada atas
talian demi untuk mengekang wabak ini daripada terus meragut nyawa di seluruh
dunia. Banyak industri dan syarikat terjejas, ditutup, ramai pekerja kehilangan
pekerjaaan Apakah pendekatan, strategi serta tindakan baru yang boleh diambil
untuk menjayakan usaha ini. Yang
pastinya, pasaran pekerjaan semakin mencabar.. Mampukah kita terus meneruskan dapat
memberikan keyakinan kepada siswa/I yang masih menuntut di universiti untuk
terus bermotivasi persiapkan diri dan kerjaya dengan sebaik-baiknya? Inilah
antara persoalan yang bermain-main dibenak minda keseluruhan staf yang terlibat
di pelbagai Pusat Kerjaya IPT di negara ini. Apakah jalan penyelesaian yang
boleh diambil bagi mengharungi dugaan mencabar ini?
Oleh itu, sudah
pasti keadaan ini, memerlukan Pusat Kerjaya IPT perlu lebih kreatif, inovatif di dalam melaksanakan tugas membantu
mempersiapkan mahasiswa untuk terus bersedia, releven dengan persiapan kerjaya
kendiri yang baik. Ia tidak boleh lagi sekadar
menjalankan usaha seperti biasa, menawarkan program kerjaya mahupun
perkhidmatan kepada mereka yang berkunjung saban tahun sebelum ini. Usaha ini juga tidak boleh dilihat sebagai program
ko-kurikulum sampingan dan hanya memberikan fokus utama di minda siswa/i sibuk
mengejar kecemerlangan akademik, bertungkus lumus menyiapkan tugasan pelajaran
dan apa-apa yang berkaitan dengan akademik, kuliah, fakulti semata-mata
sepanjang pengajian di universiti. Ia perlukan anjakan paradigma untuk melihat
dalam perspektif yang lebih luas serta dinamik sifatnya.
Pertamanya, Pusat
Kerjaya Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu pantas memanfaatkan platform media
sosial dan teknologi digital untuk terus berhubung secara langsung dengan
siswa/i masing. Perkongsian maklumat program kerjaya terkini, informasi peluang
kerja kosong termasuk program reskilling dan upskilling perlu dapat disertai
sepenuhnya di kalangan pelajar tanpa mengira bidang dan fakulti. Laman sesawang
masing-masing boleh dipertingkatkan keupayaannya dalam pelbagai segi dan bentuk
agar memenuhi keperluan pengguna sama ada pelajar, mahupun bakal majikan. Meluaskan
capaian program, informasi kepada semua siswa/I yang berada di atas talian,
yang berada di rumah masing-masing di seluruh negara amat kritikal. Ia perlukan
tarikan tambahan bersifat rangsangan emosi yang positif agar mereka bertindak
menyertai program yang diadakan. Jika
tidak, hanya segelintir akan mendapat faedah dan majoriti akan ‘ketinggalan’
kerana realiti semasa alam pekerjaan sudah tidak sama seperti fahami sebelum
ini. Ia semakin kompetatif, bakat yang terbaik lebih diutamakan, jaringan
kepintaran sosial yang unik serta memihak kepada mengisi keperluan syarikat
akan lebih diambilkira.
Keduanya, Pusat
Kerjaya IPT perlu 'turun padang' secara alam maya dengan lebih strategik,
berinteraksi dua hala dengan setiap siswa/i khususnya mereka yang berada di
tahun akhir, pengajian melalui pendekatan sesi career coaching. Ia penting untuk memastikan motivasi, nilai
kendiri serta tahap keyakinan untuk melangkah alam pekerjaan masih utuh
disokong dengan pelan kerjaya yang realistik, boleh dilaksanakan serta sesuai
dengan minat, bakat serta pencapaian semasa di universiti. Keadaan pasaran
pekerjaan yang semakin mencabar tidak seharusnya menyebabkan mereka dibuai
perasaan risau, gundah gulana tidak berkesudahan. Sebaliknya, segala kekuatan,
masa dan upaya yang ada perlu fokus kepada bakat dan kekuatan diri bernilai
tinggi yang boleh ditawarkan kepada bakal majikan, setelah tamat pengajian
nanti. Sudah pasti pendekatan career
coaching yang dilaksanakan interaksi sosial peribadi dua hala melibatkan
staf di Pusat Kerjaya IPT akan dapat sedikit sebanyak dapat membantu pelajar
merangka matlamat dan pelan kerjaya kendiri yang perlu dibina dengan
sebaik-baiknya semasa masih menuntut. Melalui pelan kerjaya kendiri yang jelas,
akan dapat memastikan ilmu dan kemahiran teknikal yang relevan, diperlukan
pasaran semasa dapat timba dengan jayanya. Pada masa yang sama, usaha-usaha
untuk memperkukuhkan penjenamaan diri di pelbagai platform media sosial dapat
diusahakan dengan lebih baik dan berkesan kepada bakal majikan dan syarikat
demi kerjaya pada masa hadapan nanti.
Ketiganya, Pusat
Kerjaya IPT wajar meluaskan rangkaian jaringan kepintaran sosial dengan
pelbagai industri, syarikat, agensi kerajaan agar dapat mendapatkan sokongan
dana, kolaborasi program serta menyalurkan perkongsian kepakaran, pengalaman
kepada siswa/i di universiti masing-masing dengan lebih kerap dan berterusan.
Ia penting untuk siswa/i kita terdedah kepada realiti dunia sebenar alam
pekerjaan dengan lebih jelas, sedalam mungkin, pada masa yang sama ruang ini
dapat dimanfaatkan untuk mereka mula membina
rangkaian sosial mereka sendiri uuntuk persiapan kerjaya akan datang. Acapkali, kita melihat demand-supply pekerjaan juga banyak berlaku di belakang tabir,
melalui rekomendasi, rujukan dan hubungan interpersonal
sesama Bahagian Sumber Manusia pelbagai syarikat, Pusat Kerjaya dan sebagainya.
Ia akan membolehkan siswa/I terbabit berpeluang mendapatkan pekerjaan terbabit lebih
dahulu berbanding orang lain, kerana proses pemilihan calon yang layak lebih mudah
bagi syarikat terbabit dan lebih menjimatkan kos berbanding iklan jawatan
kosong di pelbagai portal pekerjaan yang perlu dibayar. Mereka mendapatkan
maklumbalas daripada rangkaian sosial industri mereka di dalam mengenali calon
dengan lebih dekat, sebelum sesuatu resume sampai ke pihak yang berminat. Rakan
sekerja dipejabat mahupun sesama Bahagian Sumber Manusia daripada syarikat lain
yang boleh memberikan maklumbalas tentang seseorang calon yang dicadangkan.
Keempat, Pusat
Kerjaya perlu mendapatkan sokongan pemegang taruh dalam ekosistem universiti di
dalam mengerakkan agenda pembangunan kerjaya siswa/i jangka panjang. Ia kerana
di dalam melaksanakan persiapan kerjaya siswa secara komprehensif di
universiti, tidak mencukupi sekadar mereka selesai hadir menyertai program yang
dianjurkan semata-mata. Mereka memerlukan kepada proses pendedahan kesedaran dan
peningkatan kemahiran persiapan kerjaya yang berterusan melalui kolaborasi
pensyarah, Fakulti, Jabatan dan sebagainya. Ini penting untuk melahirkan graduan yang siap-siaga,
kompetatif serta mempunyai pemikiran yang ‘agile’ dalam menghadapi cabaran
pekerjaan yang semakin rumit yang memerlukan kemahiran penyelesaian masalah di
luar kotak dalam menghadapi sesuatu perkara atau keadaan. Pada masa yang sama,
kerja rutin akan diambil alih aplikasi teknologi digital yang semakin pesat dan
berkembang. Sudah pasti. Penumpuan pemikiran akan lebih kepada solusi yang
kreatif dan inovatif. Ia sekali gus, memberikan nilai tambah yang tinggi kepada
sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan mahupun
pengguna. Hidup lebih mudah.
Kelima, Pusat
Kerjaya IPT perlu meningkatkan kemahiran, skil, ilmu pengetahuan serta
komptensi berkaitan pembangunan kerjaya di kalangan staf dan pihak yang
terlibat di dalam pembangunan kerjaya siswa/I di universiti. Ia penting untuk kita terus cakna dengan
impak perubahan ekonomi semasa kepada pasaran sekaligus pekerjaan dapat terus menerajui
perubahan kerjaya bagi kebaikan siswa/i pada masa depan. Penempatan staf
kerjaya di pelbagai sektor industry yang strategik dalam tempoh tertentu seperti
masa penempatan industry di kalangan pelajar, akan memberikan pengalaman
lapangan industri praktikal, membuka mata dan beri kefahaman baru dinamika
perubahan pasaran & industi dengan lebih baik nanti, bila dikongsikan
kepada pelajar nanti. Malah, sudah sampai masanya, kita membina rangkaian pelbagai
organisasi pembangunan kerjaya antarabangsa seperti National Career Development
Association (NCDA) Amerika Syarikat dan sebagainya. Ia penting kerana perubahan
kerjaya global juga memberikan impak kepada pemilihan kerjaya anak muda di
negara ini dengan perkembangan teknologi berkembang pesat.
Keenam, Pusat
Kerjaya IPT perlu berusaha bersama-sama mengukuhkan kerjasama strategik sesama
pelbagai Pusat Kerjaya IPT sama ada dari universiti awam, universiti swasta,
kolej universiti, politeknik, kolej swasta, kolej komuniti serta pusat latihan
kemahiran yang terdapat di seluruh negara. Ia penting agar usaha-usaha advokasi
polisi, inisiatif serta rekomendasi strategik pembangunan kerjaya nasional
sekali gus memartabatkan peranan Pusat Kerjaya dapat dijayakan dengan
sebaik-baiknya. Bakat anak muda diterokai, dipupuk dan dikembangkan dengan
penilaian kompetensi kemahiran, pengetahuan yang sesuai dengai sesuatu skop
pekerjaan & jawatan yang standard yang merentas sektor, tahap pendidikan
dan bidang dalam pasaran buruh negara. Ia kerana terdapat pelbagai kayu-ukur
kompetensi jawatan & pekerjaan diwujudkan oleh pelbagai pihak, agensi untuk
memenuhi keperluan tenaga mahir di industri.
Ketujuh, Pusat
Kerjaya IPT wajar memanfaatkan segala aplikasi digital, cloud management dalam
menguruskan data, rangkaian strategik pemegang taruh, termasuk pemantauan
berterusan perkembangan setiap siswa di sepanjang pemgajian mereka di
universiti. Data yang banyak ini perlukan sistem yang baik. Ini juga akan
memboleh fokus usaha ke arah meningkatkan kompetensi siswa, memantau perubahan
serta memetakan kerjaya impian mereka dengam jayanya.
Polisi Pembangunan
Kerjaya Nasional wajar diperkenalkan agar pelbagai aspek pembangunan kerjaya
bagi graduan, anak muda dapat diperhalusi dengan lebih teliti. Isu gaji minima
graduan perlu diperkenalkan, tawaran pekerjaan yang berkualiti tinggi dan kemahiran
tinggi oleh pelbagai syarikat dan industri perlu lebih banyak berbanding
pekerjaan yang tidak berkemahiran atau separa kemahiran yang terlalu banyak
dalam pasaran. Malah, Mungkin sudah sampai masanya, Akta Bakat Nasional yang
memayungi pelbagai aspek pembanguan kerjaya & pekerjaan yang diperlukan
industri diwujudkan agar ia dapat menjadi garis panduan dan ekosistem yang
menyeluruh dan boleh diaplikasi melalui sistem pendidikan dari tadika, sekolah
rendah, menengah sehinggalah ke Pusat Pengajian Tinggi di negara ini.
Negara perlu
bergerak ke arah mewujudkan ekosistem kondusif pembangunan kerjaya nasional
yang melonjakkan pelbagai bakat serta pengiktirafan melalui pemberian gaji yang
setimpal dan kompetatif agar menikmati kehidupan berkualiti serta bermakna.
Strategi Pelaburan Asing secara langsung melalui tawaran tenaga kerja yang
murah dan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak, tapi tidak memerlukan
kemahiran tinggi kepada anak tempatan selama ini, perlu berubah. Kita wajar
membina naratif pelaburan asing secara langsung dengan menekankan kualiti
tenaga mahir yang ramai dilahir daripada pelbagai IPT di negara ini. Pada masa
yang sama, pelaburan tersebut perlulah memberikan nilai gandaan kepada kualiti
produktiviti rakyat di negara ini, melalui pendekatan solusi keperluan industri
berteraskan hasil penyelidikan yang praktikal serta boleh dikomersialkan dengan
memanfaatkan segara hasil bumi di negara ini.
Comments
Post a Comment