Ibu Bapa Tinggal di Pusat Jagaan bukan di rumah?
Tatkala meneliti muka hadapan surat khabar kosmo hari ini bertarikh 14 ogos 2010, ia benar-benar mengusik jiwa dan mengerakkan minda ini untuk spontan memberikan pandangan. Ia isu yang serius dan memerlukan usaha-usaha bersama menanganinya. Kajian yang dijalankan oleh Institusi Kajian Sosial, UPM menunjukkan bahawa, ibu bapa kini dilihat sebagai beban kewangan kepada anak mereka dan pengacau kebahagian suami isteri. Menjelang tahun 2020, seramai 2.2 juta bilangan warga emas (60 tahun dan ke atas) akan ada di negara ini. Malah, 11 pusat jagaan orang tua dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat dan puluhan pusat jagaan orang tua milik swasta akan terus bertambah. Persoalannya mengapa?. Prof Dr. Rahim M. Sail selaku ketua penyelidik menyatakan desakan hidup yang memerlukan kewangan keluarga dikawal dengan baik, menyebabkan ibu-bapa pasti menjadi 'korban' yang perlu dilepaskan kepada pihak lain. Selain itu, golongan berjawatan tinggi serta mempunyai kemampuan kewangan juga ...