Dilema Siswazah Masa Kini? : Pengangguran! Jalan Keluar?


Cabaran globalisasi merubah pelbagai perkara, budaya hidup yang merangkumi nilai, pemikiran serta tingkahlaku seseorang individu. Alam kerjaya menjadi semakin rumit dan kompleks. Pada masa yang sama, kelompok siswazah yang dilahir semakin ramai. Maka, persaingan sengit bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan adalah fenomena normal dewasa ini.

"Personaliti jadi kriteria utama majikan" tajuk berita akhbar kosmo pada 17 Mei 2009 sempena Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 (K3G) mulai 15-17 Mei 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) benar-benar menyentuh benak minda ini. Kemahiran Berkomunikasi, Keyakinan Diri, Personaliti dan Pengalaman adalah 4 ciri penting yang perlu ada pada setiap graduan jika mereka ingin mencari pekerjaan.

Selain itu, Jobstreet.com di dalam bengkel kerjayanya di NRIC 09, USM pada 18 Mei 2009 ada menyatakan hasil kajian tentang dilema graduan masakini. Ia wajar difikirkan semua. Kajian mereka mendapati 56% graduan didapati mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, 36% pula mempunyai karektor dan personaliti yang lemah serta 33% meminta gaji dan faedah kerjaya yang tidak realistik.

Maka, persoalannya, adakah kualiti ketrampilan diri para graduan secara keseluruhannya masih ditahap rendah?. Mengapa mereka tidak memanfaatkan kehidupan alam kampus selama 3 atau 4 tahun untuk meningkatkan kualiti diri. Atau, adakah mereka terlalu sibuk dengan kehidupan rutin siswa (makan, tidur, menonton bola sepak, berpasangan serta belajar) sahaja?. Dimanakah tika dan waktu mahasiswa dapat mengilap dinamika idealisme perjuangan yang menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh?. Adakah mereka seolah-olah terputus dengan masyarakat luar kampus dan negara?.

Persoalan-persoalan ini bukan sahaja memerlukan jawapan, bahkan jauh lebih penting daripada itu bagaimana mereka yang prihatin terhadap pembangunan mahasiswa dan generasi muda berusaha secara bersungguh dan strategik serta bersepadu menjayakan agenda Keperibadian Unggul atau lebih dikenali sebagai Towering Personality seperti mana yang dikumandangkan oleh kerajaan, badan-badan sivil dan sebagainya. Jika, tidak diusahakan sekarang, bila lagi!. Ayuh, marikan kita jayakan pembinaan sebuah tamadun yang gemilang di negara.

Comments

  1. klik link di bwh utk mendapatkan teknik2 menjana wang dari internet dgn cara mudah..PERCUMA!!!!

    http://formulaluarbiasa.com/recommends/joe154

    rebutlah ilmu ini utk kita kongsi bersama..ambil sebagai pengetahuan dan kegunaan di masa hadapan..

    ora et labora;)

    ReplyDelete
  2. setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri. apabila seorang graduan memasuki alam pekerjaan,personalitinya tidak dapat disesuaikan dengan keadaan alam pekerjaan.

    personaliti juga perlukn masa untuk diubah.berada dalam uni selam 3 @ 4 tahun buknlah pengukur kepada personaliti seseorang.

    sebelum saya berada di alam universiti saya menjangka bahawa semua orang akan berbahsa inggeris tapi hakikatnya ramai pelajar tidak kira bangsa apa pun tidak dapat mengusai bahasa itu walaupun 80% pengajaran adalah dalam bhs inggeris.
    bagi saya,ibu bapa mempunyai perenan yg pentng dalam membentuk personaliti anak2.namun begitu saya berpendapat seseorang itu perlu mencari pekerjaan yang sesuai dengan personaliti mereka supaya ada keserasian dan menyukai perkerjaan mereka.

    ReplyDelete
  3. salam..nk kongsi sedikit.
    ok..mmg betul majikan skrg nie pilih macam orang kata serba lengkap(ada package)..kalau saya jadi boss..nk ke saya ambik pekerja yg lemah,xbersemangt,tgk rupa pon xda motivasi,.macam mana saya nk jual barang saya or nk lakukan barang saya kalau jenis pekerja saya macam itu..dalam bekerja,kita xberurusan dgn satu bangsa sahaja..tapi lebih dari itu,soal penguasaan ofcouse kita nk yg the best..misal kata,saya berurusan dgn mat saleh..kalau saya sibuk..pekerja saya akan gantikan saya..then apa yg bakal berlaku kalau pekerja saya xmahir berbahasa inggeris??jawapannya:-my bussnies will going down..i lose my money..then saya XBOLEH nk sumbang apa-apa kepada negara..lastly,there no growing..mybe,i lose my job..baik saya cucuk tanam then makan utk diri sndiri..no need niaga..kalau dah ada dgree/diplo ofcouse i think their dah pandai..mungkin saya boleh ajar mereka..but..how long.??masa berjalan.we must keep going.sbb masa xtunggu sesiapa..kadang-kadang saya terfikir,apa yg dia orang belajar kat u dulu?may i check??..selalunya majikan xpandg sijil.just cara..u sell your self.and our thing...thts all..prove it..tapi ada kekesalan skiit la,,sedar atau tak sedar..ekonomi mlysia dipegang oleh kaum cina..orang cina mesti utamakan bngsa dia..so melayu?ermm..tak ramai..sbb tu ramai yg xdapt kerja sbb xbnyk compny mlyu..sorry tu say..just hope perkara nie xberlarutan..we need change..tq baca..and sorry 4 mistake..^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Isu, Cabaran dan Masa Depan Graduan Psikologi Dalam Mendepani Cabaran Masyarakat Yang Kompleks

Pusat Kerjaya IPT perlu diperkasa, berikan lonjak baru, impak bermakna