Kreativiti dan Inovasi perlu dikembangkan


Kreativiti dan inovasi amat diperlukan di dalam meningkatkan kualiti kehidupan. Manusia sering memikirkan apakah jalan terbaik untuk sesuatu perkara. Ia diterjemahkan melalui pelbagai cara dan tindak tanduk. Ia mungkin berupaya merubah cara hidup, pemikiran serta budaya.

Tatkala, meneliti kehidupan mahasiswa masakini, terdapat usaha-usaha yang serius membudayakan kreativiti dan inovasi. National Creativity and Innovation Competition (NRIC) 2009 yang pada 15-18 Mei 2009 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) selama 3 tahun berturut-turut wajar diraikan dan dikembangkan serta disemarakkan di kalangan generasi muda

Final Year Project (FYP) siswa tahun akhir yang diketengahkan oleh 19 Pusat Pengajian Tinggi perlu terus diberikan dorongan, sokongan dana serta promosi yang lebih mengakar di kalangan generasi muda. Cabaran globalisasi, memerlukan mereka tampil dengan dinamika ilmu, kemahiran serta keupayaan yang pelbagai. Persoalannya, apakah budaya masyarakat meraikan budaya kreatif dan inovasi secara serius?.Atau, adakah sekadar, penyertaan pertandingan demi mengondol hadiah semata?..Yang jelas, persoalan ini perlu dirungkai secara tuntas oleh semua pihak samada kerajaan, pusat pengajian tinggi, swasta, badan masyarakat sivil dan sebagainya. Matlamat akhir, perlu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan dengan kos yang lebih berpatutan dan bukan peluang pihak kapitalis global mengaut keuntungan semaksima mungkin.

Comments

Popular posts from this blog

Dilema Siswazah Masa Kini? : Pengangguran! Jalan Keluar?

Isu, Cabaran dan Masa Depan Graduan Psikologi Dalam Mendepani Cabaran Masyarakat Yang Kompleks

Pusat Kerjaya IPT perlu diperkasa, berikan lonjak baru, impak bermakna