Posts

Selamat Hari Malaysia Ke-53

Image
Fakta Sejarah Malaysia + 27 Mei 1961 - Tuanku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura mengagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. + 23 Julai 1961 - Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo Utara telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. + Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak 4 kali. Pertama, pada Ogos 1961 di Sabah, kedua Dis 1961 di Sarawak, ketiga Jan 1962 dan terakhir Feb 1962 di Singapura. + 17 Jan 1962 - Pembentukkan Suruhanjaya Cobbold. Tujuannya adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. + Suruhanjaya Cobbold dianggotai oleh 5 orang ahli...

Bengkel Play & Learn

Image
Setelah sekian lama menyepi, kini kembali menulis. Pelbagai perkara dan peristiwa dialami. Pahit, manis dan sebagainya. Yang pasti, pada 27 Sept 2014 yang lalu bertempat di Advanced Surgical Skill Centre, Pusat Perubatan UKM (PPUKM) , Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Diri ini, sempat mengikuti dan menimba ilmu pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek seperti pergerakan motor kasar, motor halus, kognitif, sosial dan sebagainya. Manusia perlukan dorongan dan stimuli untuk berkembang secara sihat. Bermain sebagai alat atau kaedah pembelajaran yang perlu diterokai dan digunakan semaksima mungkin ketika bersama kanak-kanak. Topik meliputi kepentingan bermain, cara bermain, memupuk kemahiran adaptif kanak-kanak, perkembangan bahasa melalui bermain-main dan modifikasi permainan dalam perkembangan kanak-kanak.  Menurut, Pn Sherin Sokmum, Patologis Pertuturan dan Bahasa, PPUKM, ada beberapa strategi yang perlu digunakan untuk memupuk perkembangan baha...

Budaya Alumni = Budaya Berkasih Sayang + Persahabatan Sejati Selamanya

Image
Budaya alumni adalah sebahagian daripada budaya yang penting di dalam perkembangan sesebuah masyarakat. Ia sewajar menjadi kayu ukur kepada tahap penglibatan sosial anggota masyarakat dalam sesebuah tamadun. Masyarakat melalui badan-badan sivil atau organisasi madani menjadi 'kuasa ketiga' setelah swasta (kuasa kedua) dan kerajaan (kuasa pertama) yang mencorak perkembangan budaya masyarakat. Ketinggian sesebuah masyarakat terletak sejauh mana agenda memasyarakatkan budaya Ilmu di hayati oleh setiap anggota masyarakat. Penyelidikan, budaya membaca serta wacana-wacana ilmu mendarah daging dalam kehidupan harian. Kesannya, mereka akan lebih menghormati hak orang lain, mengalakkan perbincangan idea yang kreatif dan sebagainya. Natijahnya, negara semakin maju. Di dunia barat, budaya alumni cukup gah dan berkembang pesat di pusat-pusat pengajian tinggi terutama di universiti-universiti ternama. Para bekas pelajar diberikan ruang yang luas oleh pihak pengurusan universiti, memba...

Idea Perubahan yang wajar digerakkan

Idea perubahan wajar digerakkan setelah mengikuti program Bicara Anak Muda 2 pada 19 Jun 2011, 9pagi di Bilik Seminar, Kolej Dar Hikmah, Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor. Para panel jemputan yang terdiri daripada Sdr Wan Saiful Wan Jan, IDEAS, Sdr Jef Hazimin, Karyawan Muda dan Sdri Fadiah Najwa Fikri, Lawyers For Liberty telah memberikan input yang bernas, merangsang minda serta dinamik. Isu-isu yang melingkari anak muda seperti demokrasi, hak asasi, ekonomi serta budaya difahami dengan lebih mendalam. Apa yang pasti, ia membuka pintu minda untuk terus berusaha memahami fenomena masyarakat. Semoga ia membantu usaha-usaha mewujudkan masyarakat mandiri dan sedia untuk bertindak berasaskan keyakinan yang jelas dan landasan kebenaran dan keadilan. Yang pasti, kelompok organisasi masyarakat madani/sivil perlu terus berusaha mendidik masyarakat agar lebih sedar tentang hak asasi dan bagaimana perlu bertindak berdasarkan norma-norma masyarakat yang menjunjung nilai murni. Kreativiti dan ino...

Ibu Bapa Tinggal di Pusat Jagaan bukan di rumah?

Image
Tatkala meneliti muka hadapan surat khabar kosmo hari ini bertarikh 14 ogos 2010, ia benar-benar mengusik jiwa dan mengerakkan minda ini untuk spontan memberikan pandangan. Ia isu yang serius dan memerlukan usaha-usaha bersama menanganinya. Kajian yang dijalankan oleh Institusi Kajian Sosial, UPM menunjukkan bahawa, ibu bapa kini dilihat sebagai beban kewangan kepada anak mereka dan pengacau kebahagian suami isteri. Menjelang tahun 2020, seramai 2.2 juta bilangan warga emas (60 tahun dan ke atas) akan ada di negara ini. Malah, 11 pusat jagaan orang tua dibawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat dan puluhan pusat jagaan orang tua milik swasta akan terus bertambah. Persoalannya mengapa?. Prof Dr. Rahim M. Sail selaku ketua penyelidik menyatakan desakan hidup yang memerlukan kewangan keluarga dikawal dengan baik, menyebabkan ibu-bapa pasti menjadi 'korban' yang perlu dilepaskan kepada pihak lain. Selain itu, golongan berjawatan tinggi serta mempunyai kemampuan kewangan juga ...

Hari Malaysia : Makna? Buat Kita Semua

Image
Hari Malaysia kini melangkau 46 tahun pada tahun ini. 16 September 1963 adalah tarikh keramat negara persekutuan ini terbentuk. Nama Malaysia muncul mengantikan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak mengukuhkan solidariti masyarakat yang pelbagai keturunan, agama serta bangsa. Masing-masing menaruh harapan negara bertuah ini akan menjanjikan kemajuana ekonomi, kesejahteraan sosial serta membentuk perpaduan nasional. Pelbagai isu, cabaran yang mewarnai di sepanjang usaha ini. Namun, sejarah tetap sejarah. Malaysia muncul dengan keupayaan yang tersendiri. Berdiri megah dengan kekuatan ekonomi, kemunculan pelbagai industri dan yang paling penting kelompok masyarakat yang semakin terdidik akibat peluang pendidikan yang disediakan selama ini. Namun, adakah segala kemajuan yang dikecapi ini membolehkan generasi muda khususnya lebih memahami kepelbagaian bahasa, keturunan dan bangsa dan bergerak seiya sekata, sehati sejiwa. Yang pasti, Sabah dan Sarawak...

Semangat Kemerdekaan & Jiwa Merdeka : Dilema anak muda

Image
Tanggal 31 Ogos 2009, genap 52 negara ini merasai udara kemerdekaan daripada penjajah asing. Saban tahun sambutan kemerdekaan diwarnai dengan kibaran jalung gemilang, perarakan kereta berhias, perbarisan, nyanyian serta persembahan kebudayaaan anjuran pemerintah. Konsert kemerdekaan juga sering ditampilkan buat anak-anak muda, sementara menanti detik 12 malam sebelum 31 Ogos setiap tahun. Namun, sambutan kemerdekaan kali ini agak berbeza. Ia disambut dalam suasana umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan ramadan yang mulia. Tiada konsert atau saat detik 12 malam yang saban tahun diadakan. Ia sebagai tanda menghormati sensitiviti umat Islam dan bulan yang mulia. Apapun keaadaan yang ada, kemerdekaan sewajarnya memberikan makna. Makna buat anak muda tentu berbeza. Ia mungkin adalah tanda untuk bercuti, berehat, berjalan atau menghabiskan masa dengan mereka yang tersayang. Sering kali, kedengaran suara-suara nakal generasi dewasa atau tua menyindir anak muda tentang isu kemerdekaan ini...