Posts

Hari Malaysia : Makna? Buat Kita Semua

Image
Hari Malaysia kini melangkau 46 tahun pada tahun ini. 16 September 1963 adalah tarikh keramat negara persekutuan ini terbentuk. Nama Malaysia muncul mengantikan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak mengukuhkan solidariti masyarakat yang pelbagai keturunan, agama serta bangsa. Masing-masing menaruh harapan negara bertuah ini akan menjanjikan kemajuana ekonomi, kesejahteraan sosial serta membentuk perpaduan nasional. Pelbagai isu, cabaran yang mewarnai di sepanjang usaha ini. Namun, sejarah tetap sejarah. Malaysia muncul dengan keupayaan yang tersendiri. Berdiri megah dengan kekuatan ekonomi, kemunculan pelbagai industri dan yang paling penting kelompok masyarakat yang semakin terdidik akibat peluang pendidikan yang disediakan selama ini. Namun, adakah segala kemajuan yang dikecapi ini membolehkan generasi muda khususnya lebih memahami kepelbagaian bahasa, keturunan dan bangsa dan bergerak seiya sekata, sehati sejiwa. Yang pasti, Sabah dan Sarawak...

Semangat Kemerdekaan & Jiwa Merdeka : Dilema anak muda

Image
Tanggal 31 Ogos 2009, genap 52 negara ini merasai udara kemerdekaan daripada penjajah asing. Saban tahun sambutan kemerdekaan diwarnai dengan kibaran jalung gemilang, perarakan kereta berhias, perbarisan, nyanyian serta persembahan kebudayaaan anjuran pemerintah. Konsert kemerdekaan juga sering ditampilkan buat anak-anak muda, sementara menanti detik 12 malam sebelum 31 Ogos setiap tahun. Namun, sambutan kemerdekaan kali ini agak berbeza. Ia disambut dalam suasana umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan ramadan yang mulia. Tiada konsert atau saat detik 12 malam yang saban tahun diadakan. Ia sebagai tanda menghormati sensitiviti umat Islam dan bulan yang mulia. Apapun keaadaan yang ada, kemerdekaan sewajarnya memberikan makna. Makna buat anak muda tentu berbeza. Ia mungkin adalah tanda untuk bercuti, berehat, berjalan atau menghabiskan masa dengan mereka yang tersayang. Sering kali, kedengaran suara-suara nakal generasi dewasa atau tua menyindir anak muda tentang isu kemerdekaan ini...

Ramadan Diraikan : Antara Kegilaan atau Kewarasan

Image
Ramdhan kini kembali menjengah segenap kehidupan kita. Umat Islam berlumba-lumba menghadiri solat terawih dan meningkatkan amal ibadah. Masjid menjadi lebih meriah dan ceria daripada biasa, dengan kehadiran pelbagai jenis manusia. Di sana sini, bazar ramadhan sesak dengan manusia. Mencari juadah yang membuka selera. Ikan bakar, ayam golek dan beraneka jenis makanan muncul untuk pilihan kita semua. Manakala, di hotel pula sibuk dengan pelbagai promosi buffet berbuka puasa. Masing-masing menghidangkan menu yang lain daripada yang lain. Namun, tatkala manusia menjadi 'gila makan' semasa Ramadhan. Beberapa perkara perlu difahami, diteliti agar kita terus berwaspada terutamanya hal berkaitan makanan. Berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 Ogos 2009 menyatakan sehingga Mei tahun ini hanya 27 hotel yang dapur utamanya diiktiraf halal oleh JAKIM daripada lebih 2,000 hotel di negara ini perlu diberikan perhatian serius. Hanya 1.4% daripada keseluruhan jumlah hotel yang mengikuti tun...

Islamiphobia : Masih Menghantui Dunia Barat

Image
Islamphobia adalah istilah yang mengambarkan persepsi negatif masyarakat Barat terhadap orang Islam. Ini jelas, apatah lagi Islam sering kali dikaitkan dengan keganasan yang sering dicetuskan oleh sebahagian kecil kelompok Islam yang ekstremis. Kejadian letupan bom di Hotel Marriot, Jakarta baru-baru tidak banyak membantu mengubah persepsi yang salah ini. Kesannya, masyarakat Islam ada di merata pelusuk dunia, yang hidup aman damai bersama pelbagai masyarakat lain selama ini, menjadi mangsa diskriminasi dalam pelbagai cara. Selain itu, hati saya tersentuh, fikiran tersentap dan hanya mampu mengelengkan kepala, tatkala, mata ini membaca berita bertarikh 14 Ogos 2009 di akhbar Berita Harian bertajuk "Tutup aurat tidak boleh masuk kolam". Ia adalah kisah diskriminasi masyarakat barat terhadap wanita Perancis yang memeluk Islam bernama Carole. Beliau hanya mahu mandi di kolam renang menutup aurat dengan 'Burqini'nya yang baru dibeli di Dubai, tetapi tidak dibenarkan. ...

Dinamika Gerakan Belia : Proses Evaluasi & Impak Maksima Perlu Diutamakan

Image
Gerakan belia adalah sebahagian daripada masyarakat madani atau sivil di negara ini. Mereka seringkali dilihat tegas di dalam memperjuangkan nilai-nilai kebaikan, memperkukuh kesejahteraan dan memperjuangkan keadilan dan kebenaran. Kualiti dan potensi anak muda dibangunkan sebaik mungkin. Kemahiran, pertanian, bisnes, keorganisasi sosial termasuk menjana budaya kesukarelaan antara sebahagian daripada pelbagai fokus gerakan ini. Namun, cabaran globalisasi sering kali memesongkan akal fikiran dan jiwa nurani golongan ini. Idea mementingkan diri sendiri, keseronokan tanpa batasan nilai agama atau panduan sering menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan. Gejala sosial meningkat, seiring dengan pemodenan negara melalui partisipasi industri. Pada masa yang sama, ada kelompok anak muda yang terus komited terhadap idealisme perjuangan belia di negara ini. Golongan minoriti berusaha untuk menjadi majoriti dan memberikan impak maksima kepada landskap negara. Masih belum jemu-jemu dan putus asa. It...

Dilema Siswazah Masa Kini? : Pengangguran! Jalan Keluar?

Image
Cabaran globalisasi merubah pelbagai perkara, budaya hidup yang merangkumi nilai, pemikiran serta tingkahlaku seseorang individu. Alam kerjaya menjadi semakin rumit dan kompleks. Pada masa yang sama, kelompok siswazah yang dilahir semakin ramai. Maka, persaingan sengit bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan adalah fenomena normal dewasa ini. "Personaliti jadi kriteria utama majikan" tajuk berita akhbar kosmo pada 17 Mei 2009 sempena Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 (K3G) mulai 15-17 Mei 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) benar-benar menyentuh benak minda ini. Kemahiran Berkomunikasi, Keyakinan Diri, Personaliti dan Pengalaman adalah 4 ciri penting yang perlu ada pada setiap graduan jika mereka ingin mencari pekerjaan. Selain itu, Jobstreet.com di dalam bengkel kerjayanya di NRIC 09, USM pada 18 Mei 2009 ada menyatakan hasil kajian tentang dilema graduan masakini. Ia wajar difikirkan semua. Kajian mereka mendapa...

Kreativiti dan Inovasi perlu dikembangkan

Image
Kreativiti dan inovasi amat diperlukan di dalam meningkatkan kualiti kehidupan. Manusia sering memikirkan apakah jalan terbaik untuk sesuatu perkara. Ia diterjemahkan melalui pelbagai cara dan tindak tanduk. Ia mungkin berupaya merubah cara hidup, pemikiran serta budaya. Tatkala, meneliti kehidupan mahasiswa masakini, terdapat usaha-usaha yang serius membudayakan kreativiti dan inovasi. National Creativity and Innovation Competition (NRIC) 2009 yang pada 15-18 Mei 2009 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) selama 3 tahun berturut-turut wajar diraikan dan dikembangkan serta disemarakkan di kalangan generasi muda Final Year Project (FYP) siswa tahun akhir yang diketengahkan oleh 19 Pusat Pengajian Tinggi perlu terus diberikan dorongan, sokongan dana serta promosi yang lebih mengakar di kalangan generasi muda. Cabaran globalisasi, memerlukan mereka tampil dengan dinamika ilmu, kemahiran serta keupayaan yang pelbagai. Persoalannya, apakah budaya masyarak...