Posts

Islamiphobia : Masih Menghantui Dunia Barat

Image
Islamphobia adalah istilah yang mengambarkan persepsi negatif masyarakat Barat terhadap orang Islam. Ini jelas, apatah lagi Islam sering kali dikaitkan dengan keganasan yang sering dicetuskan oleh sebahagian kecil kelompok Islam yang ekstremis. Kejadian letupan bom di Hotel Marriot, Jakarta baru-baru tidak banyak membantu mengubah persepsi yang salah ini. Kesannya, masyarakat Islam ada di merata pelusuk dunia, yang hidup aman damai bersama pelbagai masyarakat lain selama ini, menjadi mangsa diskriminasi dalam pelbagai cara. Selain itu, hati saya tersentuh, fikiran tersentap dan hanya mampu mengelengkan kepala, tatkala, mata ini membaca berita bertarikh 14 Ogos 2009 di akhbar Berita Harian bertajuk "Tutup aurat tidak boleh masuk kolam". Ia adalah kisah diskriminasi masyarakat barat terhadap wanita Perancis yang memeluk Islam bernama Carole. Beliau hanya mahu mandi di kolam renang menutup aurat dengan 'Burqini'nya yang baru dibeli di Dubai, tetapi tidak dibenarkan. ...

Dinamika Gerakan Belia : Proses Evaluasi & Impak Maksima Perlu Diutamakan

Image
Gerakan belia adalah sebahagian daripada masyarakat madani atau sivil di negara ini. Mereka seringkali dilihat tegas di dalam memperjuangkan nilai-nilai kebaikan, memperkukuh kesejahteraan dan memperjuangkan keadilan dan kebenaran. Kualiti dan potensi anak muda dibangunkan sebaik mungkin. Kemahiran, pertanian, bisnes, keorganisasi sosial termasuk menjana budaya kesukarelaan antara sebahagian daripada pelbagai fokus gerakan ini. Namun, cabaran globalisasi sering kali memesongkan akal fikiran dan jiwa nurani golongan ini. Idea mementingkan diri sendiri, keseronokan tanpa batasan nilai agama atau panduan sering menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan. Gejala sosial meningkat, seiring dengan pemodenan negara melalui partisipasi industri. Pada masa yang sama, ada kelompok anak muda yang terus komited terhadap idealisme perjuangan belia di negara ini. Golongan minoriti berusaha untuk menjadi majoriti dan memberikan impak maksima kepada landskap negara. Masih belum jemu-jemu dan putus asa. It...

Dilema Siswazah Masa Kini? : Pengangguran! Jalan Keluar?

Image
Cabaran globalisasi merubah pelbagai perkara, budaya hidup yang merangkumi nilai, pemikiran serta tingkahlaku seseorang individu. Alam kerjaya menjadi semakin rumit dan kompleks. Pada masa yang sama, kelompok siswazah yang dilahir semakin ramai. Maka, persaingan sengit bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan adalah fenomena normal dewasa ini. "Personaliti jadi kriteria utama majikan" tajuk berita akhbar kosmo pada 17 Mei 2009 sempena Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 (K3G) mulai 15-17 Mei 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) benar-benar menyentuh benak minda ini. Kemahiran Berkomunikasi, Keyakinan Diri, Personaliti dan Pengalaman adalah 4 ciri penting yang perlu ada pada setiap graduan jika mereka ingin mencari pekerjaan. Selain itu, Jobstreet.com di dalam bengkel kerjayanya di NRIC 09, USM pada 18 Mei 2009 ada menyatakan hasil kajian tentang dilema graduan masakini. Ia wajar difikirkan semua. Kajian mereka mendapa...

Kreativiti dan Inovasi perlu dikembangkan

Image
Kreativiti dan inovasi amat diperlukan di dalam meningkatkan kualiti kehidupan. Manusia sering memikirkan apakah jalan terbaik untuk sesuatu perkara. Ia diterjemahkan melalui pelbagai cara dan tindak tanduk. Ia mungkin berupaya merubah cara hidup, pemikiran serta budaya. Tatkala, meneliti kehidupan mahasiswa masakini, terdapat usaha-usaha yang serius membudayakan kreativiti dan inovasi. National Creativity and Innovation Competition (NRIC) 2009 yang pada 15-18 Mei 2009 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) selama 3 tahun berturut-turut wajar diraikan dan dikembangkan serta disemarakkan di kalangan generasi muda Final Year Project (FYP) siswa tahun akhir yang diketengahkan oleh 19 Pusat Pengajian Tinggi perlu terus diberikan dorongan, sokongan dana serta promosi yang lebih mengakar di kalangan generasi muda. Cabaran globalisasi, memerlukan mereka tampil dengan dinamika ilmu, kemahiran serta keupayaan yang pelbagai. Persoalannya, apakah budaya masyarak...